Apabila cinta dan kasih sudah tiada, namun bayang-bayang kekasih masih
tidak dapat dilupakan? Marilah melihat kamu menggunakan sikap apa untuk
melayan bekas kekasih…
Aries
Sikap : Dingin
Aries adalah orang yang tegas. Apabila bercinta, dia akan cinta dengan
sepenuh hati. Tapi apabila sudah berpisah, dia akan menjadi seorang yang
pendendam. Apabila berjumpa dengan bekas kekasih, Aries tidak akan pandang
dan hirau bekas kekasih.
Taurus
Sikap : Menyalahkan diri sendiri.
Taurus yang degil akan sentiasa mengingati kebaikan bekas kekasihnya. Dalam
jangka masa yang panjang, Taurus masih lagi menyalahkan diri sendiri.
Apabila berjumpa dengan bekas kekasih, Taurus tidak berani menegur bekas
kekasihnya. Malah luka dalam hatinya menjadi semakin pedih…
Gemini
Sikap : Tidak kisah
Gemini yang periang dan berfikiran terbuka membuat dia tidak kisah apabila
berjumpa dengan bekas kekasihnya. Dia beranggapan bercinta dan berpisah
adalah lumrah hidup. Maka Gemini boleh menganggap bekas kekasih sebagai
kawan walaupun sudah berpisah.
Cancer
Sikap : Rindu
Cancer sentiasa dan rindu pada bekas kekasihnya. Masa-masa bercinta itu
adalah kenangan manis dan memori yang indah buatnya. Oleh yang demikian,
sekiranya teman lelaki/ teman wanita anda ialah Cancer, maka anda kena
berhati-hati kerana mungkin orang yang dia paling cinta bukannya anda.
Dalam hatinya tetap mempunyai bayang-bayang bekas kekasihnya.
Leo
Sikap : Berbalas dendam
Leo yang ego sentiasa menampilkan gaya seorang pemimpin. Sikap yang ingin
menang dan tidak akur kepada kekalahan membuat Leo menyembunyikan
kesedihan. Leo akan mencari peluang balas dendam terhadap bekas kekasihnya.
Leo ingin membuat bekas kekasihnya berasa kesal kerana berpisah dengannya.
Virgo
Sikap : Tenang
Virgo sangat rasional. Mereka sangat tenang dengan apa yang telah berlaku
dan percaya dengan apa yang mereka telah lakukan. Mereka tahu apa yang
mereka telah lakukan. Oleh yang demikian, apabila berjumapa dengan bekas
kekasih, tiada perasaan apa-apa lagi terhadap bekas kekasih. Bukannya Virgo
peramah, tapi ini adalah kerana mereka telah tiada sebarang hubungan dengan
bekas kekasih lagi.
Libra
Sikap : Tidak tentu arah
Libra melihat kebaikan dan keburukan setiap masalah. Dia ingin buat yang
terbaik. Maka dia akan selalu membuat perbandingan masa kini dan masa
lampau. Walaupun telah berpisah, Libra masih sukar untuk menolak permintaan
bekas kekasihnya.
Scorpio
Sikap Benci
Scorpio seorang yang pendendam. Sekiranya anda telah melukakan hatinya,
anda jangan harap dia akan berbaik-baik dengan anda lagi walaupun anda
telah minta maaf padanya. Dia akan cuba membalas dendam apa yang telah anda
lakukan padanya. Sekiranya anda lihat Scorpio, lebih baik anda menjauhi
daripadanya daripada anda dimalukan di khalayak ramai.
Sagittarius
Sikap : Dilupai buat selama-lamanya.
Apabila anda telah berpiash dengan Sagittarius, maka anda adalah orang
asing baginya. Walaupun anda rakan sekelas ataupun rakan sekerja, dia akan
menganggap orang yang tidak wujud dalam dunia ini. apabila terpaksa
bercakap dengan anda pasal urusan kerja, dia pun tidak akan pandang anda
langsung.
Capricorn
Sikap : Tunggu dengan penuh kesabaran
Walaupun telah berpisah, Capricorn masih setia menunggu bekas kekasihnnya
untuk kembali ke pangkuannya. Dia masih tidak berhenti mencari bekas
kekasihnya. Capricorn masih menganggap mereka berdua ialah kekasih.
Aquarius
Sikap : Kawan biasa.
Aquarius suka berkawan. Dia masih menghubungi bekas kekasihnya untuk keluar
makan bersama-sama. Tapi awal-awal lagi dia menegaskan hubungan mereka
hanyalah setakat kawan biasa saja. Rakan sekeliling pun tidak rasa kekok
untuk mengajar mereka berdua keluar bersama-sama walaupun mereka bukan
pasangan kekasih lagi.
Pisces
Sikap : Tidak mahu bepisah
Pisces tidak dapat melupakan bekas kekasih. Dia akan cuba berbaik-baik
semula dengan kekasih. Dia akan pergi mencari bekas kekasih membuatkan
bekas kekasihnya malarikan diri daripada berjumpa dengannya. Dia bukan saja
kacau kehidupan bekas kekasih malah turut menganggu kehidupan orang di
sekelilingnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan